Tuesday, 6 August 2019

AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Hasil carian imej untuk happy mood
START YOUR DAY WITH A SMILE

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dikesempatan ini, saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang perlu kita amalkan dalam kehidupan kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi apabila kita berada pada akhir zaman ini. Jadi sebelum itu, kita akan mulakan perkongsian ini dengan umul Quran Al-Fatihah:

Hasil carian imej untuk surah al-fatihah

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa amalan sunnah yang perlu kita praktikkan atau lebih mudahlah untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Banyak sebenarnya kalau nak sebutkan tentang amalan sunnah ini, kerana terdapat banyak kelebihan yang dapat kita peroleh. Untuk itu, saya akan kongsikan tentang amalan sunnah Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah.



KELEBIHAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW



Dalam buku Healing Body & Soul oleh Amira Ayad memberikan gambaran kekuatan yang diperoleh hasil mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Antara yang dikongsikan daripada buku tersebut:
Suatu masa dahulu, ketika tentera Muslim melawan Empayar Parsi, Muslim telah dikalahkan dalam beberapa pusingan pertama pertempuran mereka. Maka komander mereka, Sa’ad bin Abi Waqqas mengumpulkan tentera-tenteranya untuk menilai kembali sumber-sumber dan kekuatan mereka. Tentera muslim mempunyai jumlah tentera yang ramai dan sumber-sumber yang baik.Sa’ad menyimpulkan bahawa kekalahan ini semestinya adalah balasan Allah terhadap dosa mereka. Jadi dia mengarahkan kesemua mereka agar bertaubat dan meminta keampunan Allah serta menilai kembali jika ada dosa yang mereka lakukan atau ibadah yang mereka tinggalkan. Kesemua mereka adalah Muslim yang baik, yang mempunyai niat yang mulia dan semangat untuk melawan musuh. Namun, dia masih bertegas, mesti ada suruhan Allah dan Rasul yang mereka tinggalkan. Maka mereka menyemak kembali setiap ibadah wajib dan tidak wajib mereka, dan segala sunnah Rasulullah SAW untuk mencari titik kelemahan mereka. Akhirnya Sa’ad menyedari bahawa mereka telah mengabaikan sunnah ‘siwak’ atau bersugi, iaitu menggunakan akar pokok sebagai berus gigi. Mereka tidak menggunakan siwak sebagaimana Rasulullah lakukan sebelum solat. Betapa peliknya: tentera ini menyangka bahawa kelemahan mereka adalah kerana tidak memberus gigi mereka lima kali sehari! Sa’ad mengarahkan supaya kayu siwak diedarkan kepada setiap anggota tentera dan mengarahkan mereka untuk mengikuti sunnah. Tiada yang melawan, tiada yang mempersoalkan logik komander mereka. Tiada yang mengatakan bahawa siwak tiada kaitan dengan menang atau kalah dalam melawan tentera paling hebat atas muka bumi. Dalam masa yang sama, pihak parsi menghantar beberapa orang perisik untuk meninjau kem tentera muslim. Orang parsi pada waktu itu menganggap orang Arab adalah primitif dan tidak bertamadun. Jadi bila perisik-perisik mereka sampai di kem-kem tentera Arab, mereka melihat tentera muslim sedang memberus gigi mereka dengan kayu. Mereka gagal memahami apa yang sedang berlaku. Salah seorang daripada mereka mula menjerit:
Mereka sedang menajamkan gigi mereka untuk memakan kita hidup-hidup. Mereka adalah kanibal!
Perisik-perisik parsi lari balik ke kem mereka dan berita tersebut tersebar dengan cepat. Seluruh tentera parsi panik dan kebanyakkan kubu ditinggalkan dan jatuh dengan mudah ke dalam tangan muslim. 1
Kisah ini menggambarkan bahawa tiada satu pun yang remeh berkenaan mengikuti sunnah Nabi.
Kita mungkin menyangka ini hanyalah tradisi yang tidak penting (tanpa mengambil kira kebaikan saintifiknya) tetapi izinkan saya untuk meletakkannya dalam konteks berbeza.
Nabi Muhammd SAW diberikan petunjuk oleh Allah dalam setiap aspek kehidupannya. Bayangkan ganjaran daripada Allah apabila Dia melihat kita mengikuti tabiat dan perbuatan hamba-Nya yang paling dicintai.
Allah menyifatkan dalam al-Quran:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Ikuti contoh sunnah Nabi kita dalam perkara yang besar mahupun kecil.



KAJIAN SAINTIFIK

MENGENAI AMALAN SUNNAH RASULULLAH



Apabila kita mendahului tangan seperti makanTerdapat berjuta saraf di hujung jari kita yang menghantar maklumat penting ke perut kita tentang apa yang kita bakal makan, termasuklah suhu makanan, jumlah makanan dan sebagainya. Jadi, menyentuh makanan dengan tangan akan memberi ‘amaran awal’ kepada perut kita. Ia juga membantu melepaskan jus-jus penghadaman dan enzim di dalam perut.

Selain itu, tidur mengiring ke kanan pula, Kajian membuktikan manfaat gaya tidur seperti ini dan bagaimana ia membaiki postur tubuh¹ dan menambahbaikkan mimpi-mimpi.
  1. Membaiki postur tubuh: “Menghalang sakit leher dan belakang, merendahkan refluks asid, mengurangkan dengkur, tidur ketika mengandung 2
  2. Menambahbaikkan mimpi: Para saintis Turki menemui bahawa orang yang tidur di sebelah kanan mengalami mimpi yang lebih selesa, bersifat kelegaan, kegembiraan, ketenteraman dan cinta. Mereka juga melaporkan mendapat rehat yang lebih baik dan lebih berfungsi bila terjaga. 3